PENULIS

Berkelulusan  dalam bidang Ekonomi (Kewangan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, penulis mempunyai pengalaman bekerja lebih dari 10 tahun di syarikat swasta di dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan perniagaan, pengurusan, sekretarial, tadbir urus korporat, komunikasi korporat dan pengurusan sumber manusia. Beliau kini menumpukan usaha dalam pembangunan modul-modul latihan keusahawanan khas untuk perniagaan kecil  melalui syarikat Visi Ilmu. Selain itu beliau juga menjadi perunding kepada Sprint Marketing Concept, sebuah syarikat perundingan francais yang merupakan panel untuk Perbadanan Nasional Bhd (PNS).