BUKU-BUKU LAIN

(Untuk memiliki layari http://www.bookplanet.com.my)


Pada tahun 2001, syarikat ini  bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Selepas 9 tahun…

Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Itulah AirAsia, sebuah jenama tempatan bertaraf global dan kini menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa lain yang telah beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific

Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu. Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.

Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?

Dapatkan buku 'Terbang Tinggi Seperti AirAsia' untuk mengetahuinya...

Buku ini bukan bercerita mengenai sejarah penubuhan AirAsia atau mengenai biografi pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes.Buku ini menggariskan 15 strategi yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony dalam membina jenama AirAsia dari sebuah jenama global dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Strategi-strategi perniagaan yang terbukti berkesan dan berjaya ini, disampaikan dalam bahasa yang mudah, ringkas, senang difahami dan tidak berbentuk akademik.




Antara strategi yang dibincangkan :
  • Penawaran produk yang tepat
  • Menjadi inovatif agar kekal segar, relevan dan kompetitif
  • Memanfaatkan teknologi Internet sepenuhnya
  • Memaksimumkan rangkaian sosial Facebook dan Twitter
  • Membina kerjasama niaga dengan jenama yang kukuh
  • Mempunyai visi yang jelas dan fokus sebagai ketua
  • Elakkan sikap cukup dengan apa yang ada
  • Membina hubungan dengan rakyat Malaysia
  • Pemilihan jenama yang tepat
  • Pemilihan tagline yang menggambarkan ciri atau faedah terpenting produk