BUKU TERBARU

MAGIKA FACEBOOK UNTUK BISNES ANDA


(Untuk memiliki layari http://www.bookplanet.com.my)

Facebook kini menjadi satu fenomena yang melanda seluruh dunia. Semenjak diperkenalkan pada tahun 2004, jumlah mereka yang menggunakannya untuk berhubung semakin meningkat. Pada tahun 2011, jumlah pengguna telah melebihi 600 juta di seluruh dunia.


Kini memiliki akaun facebook telah menjadi satu trend dan kemestian. Penggunaan Facebook kini bukan sahaja terhad kepada individu malah ianya turut digunakan oleh pemilik perniagaan, Menerusi buku ini, penulis menggariskan 21 tip dan idea yang amat berguna untuk mereka yang sedang merancang atau telah menggunakan Facebook sebagai salah satu daripada alat pemasaran perniagaan.


Tip dan idea yang dikongsi ini akan dapat membantu pemilik pemilik perniagaan :
  • Membina hubungan lebih rapat dengan pelanggan
  • Menarik pelanggan baru
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan jumlah pelanggan dan seterusnya jumlah jualan
  • Menjenamakan perniagaan dan menimbulkan kesedaran mengenai jenama tersebut
Tip dan idea yang dihasilkan adalah berdasarkan pemerhatian dan rujukan penulis terhadap cara penggunaan Facebook sebagai alat pemasaran oleh jenama-jenama besar dan teknikal seperti McDonald's, Nike, Peugeot, Nokia dan AirAsia.